#GMWA23: Nampak Sama Tapi Ini Rupanya Cara Nak Bezakan Kembar Genius Amin Dan Abid
Pasangan kembar yang terkenal dengan rekaan kreatif iaitu Amin dan Abid baru sahaja memenangi kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung pada Ahad.
Bersyukur dengan kemenangan itu, pasangan kembar ini berkata anugerah tersebut membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menghasilkan lagi konten konten kreatif.
Berpeluang bertemu Amin dan Abid semasa sidang media Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya, Gempak bertanya bagaimanakah mahu membezakan kembar genius ini.
Ini jawapan mereka:
1. Mata
“Orang kata mata abang macam besar sikit dan mata adik lebih kecil,”
2. Muka
“Orang kata muka abang macam matang sikit, yang adik pula seperti budak budak,”
3. Rambut
“Kalau korang tengok rambut kami ada bezanya, adik lebih kepada rambut berbentu misai manakala abang pula rambut cacak,”
BERITA TRENDING: #GMWA23: Amin & Abid Tewaskan Che Nom, Rangkul Trofi Content Creator (Lifestyle) Tergempak!
Untuk info, Amin dan Abid mula dikenali di TikTok selepas memaparkan diri mereka mencipta pelbagai rekaan kreatif sehingga diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ oleh warganet.
Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan oleh pelayar TikTok selain turut dikongsikan di platform media sosial lain.
Menariknya lagi, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka.
Pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak jati Seri Manjung itu pernah menghantar 40 rekaan model kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka.
Pasangan kembar ini juga pernah menyertai program INNOVATHON.