Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Golongan Kurang Pendengaran Dah Boleh Dengar Takbir Raya? Ini Caranya...

Hanafis Haris 28/05/2019 | 10:22 MYT
Golongan yang mengalami masalah kurang daya pendengaran kini berpeluang untuk mendengar takbir raya seperti mana individu normal lain.
Ini kerana syarikat telekomunikasi Maxis telah mencipta aplikasi mudah alih bagi membolehkan golongan kelainan pendengaran menikmati takbir melalui visual dan getaran buat kali pertama.
Menerusi Astro Awani, Maxis difahamkan telah bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk mendalami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti kelainan pendengaran.
Menurut Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Mohamad Sazali Shaari, golongan terbabit mampu mendengar takbir menerusi ciri sedia ada dalam iPhone seperti enjin 'haptic".
Katanya, aplikasi Deria Takbir berupaya menukar gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’ yang membolehkan pengguna merasakan irama dan melodi Takbir.
“Takbir adalah satu bahagian penting solat semasa Aidilfitri, tetapi ia menjadi satu cabaran untuk saya sebagai seorang yang mempunyai kelainan pendengaran untuk mengalami dan menghayatinya.
"Aplikasi Deria Takbir yang menglibatkan deria penglihatan dan sentuhan kami yang lebih tinggi melalui visual dan getaran, membolehkan kami menikmati Takbir dengan cara yang amat unik," katanya.
Sumber: Astro Awani
#Aplikasi #Maxis #OKU
;