Laman Utama
Google Raikan Saloma Sempena Penganugerahan Biduanita Negara Pertama
Biduanita negara Saloma menerima penghargaan oleh Google apabila dijadikan sebagai doodle pada hari ini.
Google doodle Saloma atau nama sebenarnya, Puan Seri Datin Amar Salmah Ismail itu adalah bersempena penganugerahan gelaran Biduanita Negara pertama kepada Allahyarhamah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1978.
Pengguna yang membuka enjin carian Google akan menyaksikan figura Saloma memakai gaun ketat merah dan bersanggul tinggi pada huruf O kedua.
Saloma dilahirkan di Singapura pada 22 Januari 1935.
Beliau berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.
Beliau merupakan seorang yang sangat terkenal dengan suara merdu dan lakonan yang mantap dalam filem-filem arahan P. Ramlee.
Antara filem lakonan yang popular termasuklah Labu Labi, Seniman Bujang Lapok, Keluarga 69, Ahmad Albab dan banyak lagi.
Malah, lagu-lagu nyanyian Saloma seperti Selamat Pengantin Baru, Malam Bulan Di Pagar Bintang serta Bila Larut Malam masih popular hingga ke hari ini.