GAYA HIDUP

“Guna Topeng Muka N95 Untuk Masalah Jerebu” - Doktor Tampil Menasihati Rakyat Malaysia

Azwa Rahman 16/09/2019 | 12:52 MYT
Topeng muka nipis yang sering dipakai oleh para doktor sewaktu pembedahan bukanlah alat yang sesuai digunakan untuk menghalang asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pakai jantung dari Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani berkongsi maklumat tersebut untuk kebaikan bersama.
“Hi guys, ‘topeng muka pembedahan’ tidak berkesan terhadap jerebu. Ia dicipta untuk tumpahan cecair dan darah. Topeng muka yang berkesan untuk jerebu adalah N95. Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda,” tulis Dr Beni menerusi satu tweet.
Dr Beni turun menyarankan agar semua majkan di Malaysia membekalkan topeng muka N95 untuk kegunaan para pekerja.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi foto mereka mengunakan topeng muka N95 seperti yang disarankan.
Malah, tidak kurang juga yang berterima kasih kepada Dr Beni kerana informasi berguna yang disampaikan.
Kicauan Dr Beni sehingga kini telah mencecah hampir 50,000 ulang kicau dan 30,000 tanda suka.
Sudah hampir tiga minggu semenanjung Malaysia dan Sarawak mengalami masalah jerebu yang membahayakan kesihatan rakyat.
Jerebut tersebut dilaporkan berpunca susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.
#Malaysia #Kesihatan #Jerebu