Berita
Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas
Seorang lelaki Jepun dari Fukushima berdepan hukuman penjara selama dua tahun selepas ditangkap kerana merakam 1,000 orang wanita yang mandi dia beberapa mata air panas .
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas tersebut.
Rakaman yang diperoleh dari kamera tersebut menunjukkan 44 mangsa, namun angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.
Lelaki itu mengaku telah melakukan perbuatan ini sejak tahun 2022 di beberapa lokasi mata air panas , di mana ia melibatkan anggaran lebih 1,000 orang mangsa.
Perbuatan terkutuk lelaki itu kantoi selepas seorang wanita di sebuah mata air panas
di Yamagata menyedari pantulan aneh pada batu dan mendapati terdapat kamera tersembunyi di dalamnya.
Pihak polis kemudian berjaya menahan suspek dan merampas kamera tersebut.
Pendakwa raya telah memohon hukuman penjara selama dua tahun, dan menyifatkan jenayah ini sebagai “dirancang, berulang, dan sangat membahayakan.”
Keputusan hukuman dijangka diumumkan pada 17 September ini.
Rakyat Jepun mengecam hukuman yang dianggap terlalu ringan, menyatakan bahawa hukuman yang lebih berat patut dikenakan kepada suspek kerana jenayah ini boleh memberi kesan seumur hidup kepada mangsa jika rakaman tersebut dimuat naik ke internet.
Sumber: SCMP