Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

Amri Hassan
04/11/2024
19:04 MYT
Sponsor Banner
Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
myBarber merupakan aplikasi inovatif yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut yang direka untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat temu janji untuk perkhidmatan barber di rumah atau di kedai.
Dilancarkan secara rasmi dalam versi beta terbukanya di acara SneakerLAH di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini, aplikasi myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan barber terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.
Memetik kata-kata pengasasnya, Azlan Zainal, myBarber ialah sebuah inisiatifnya yang memberikan kelainan berbanding aplikasi tempahan lain. Idea mula tercetus ketika pandemik melanda seluruh negara di mana orang awam memerlukan khidmat pemotongan rambut di rumah.
“Matlamat kami adalah untuk mereka semula pengalaman barbering dengan menjadikannya mudah diakses dan senang untuk semua orang.
"Dengan myBarber, pelanggan dapat berhubung dengan barber berkemahiran tinggi di sekitar, dan barber pula boleh menggunakan alat digital untuk mendapatkan pelanggan baru dan mengembangkan perniagaan mereka," kata pengasas bersama myBarber, Mohd Hazman.
Majlis pelancaran yang dihoskan oleh penyampai radio FlyFM Haniff Hamzah, dan Bidin Al Zaifa daripada Waknat TV ini menampilkan upacara pelancaran aplikasi myBarber versi beta terbuka, pertandingan barber secara langsung, dan sesi pendidikan khas mengenai penjagaan rambut yang diketuai oleh pakar industri terkenal.
Ia juga telah dirasmikan oleh pengasas TODAK, Azlan Zainal, pempengaruh dan pengasas Joe’s Barbershop, Safuan Bachtiar dan Firdaus Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Retrobee.
myBarber merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming tradisional, membolehkan pengguna menempah khidmat potongan rambut, meneroka portfolio barber berdekatan, dan membuat pembayaran tanpa tunai dengan mudah—semua melalui satu aplikasi.
Platform ini juga menyokong barber bebas dengan membantu mereka mencapai pelanggan baharu, menyediakan alat digital untuk mengurus temu janji dengan lebih baik, dan membolehkan mereka mengembangkan perniagaan mereka dengan mudah.
myBarber merupakan sebuah usaha baharu yang dikuasakan oleh sebuah jenama lokal yang tidak asing lagi di Malaysia, TODAK.
Aplikasi myBarber menawarkan faedah unik kepada pelanggan dan barber:
Untuk Pelanggan: Pengalaman tempahan yang mudah untuk perkhidmatan di rumah atau kedai, meneroka profil barber berdekatan, melihat penilaian, dan membuat pembayaran tanpa tunai. Notifikasi peringatan membantu pengguna mengingati temu janji.
Untuk Barber dan Pemilik Perniagaan: Alat untuk mengurus tempahan, mengakses analitik perniagaan, dan melihat tren pelanggan. Barber bebas boleh menggunakan myBarber untuk memperluaskan rangkaian pelanggan dan meningkatkan jangkauan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024