Laman Utama
Guru Saman Ain Husniza RM1 Juta, Ramai Tak Puas Hati! – “Cikgu Yang Buat Lawak Rogol Patut Dikenakan Tindakan, Tapi….”
Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam mengakui emosinya tidak stabil selepas menerima surat tuntutan saman RM1 juta daripada guru yang didakwanya bergurau mengenai rogol.
Ain menerusi bebenang di Twitter berkata, dia terkejut ketika menerima tuntutan tersebut ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) di rumah.
“Hi…Hari ni Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah". Dalam surat ini Ain diberi 7 hari untuk semua tuntutan ni, antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.
“Saya hanya mohon semua doakan urusan dipermudahkan.
“Saya minta maaf, emosi sangat tak stabil, yang buat Ain tak aktif dalam sosmed (media sosial), tengah dalam kelas online dapat surat macam ni,” katanya.
Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial tersebut, rata-rata netizen turut terkejut apabila guru tersebut bertindak menghantar surat tuntutan saman.hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah"dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :') #MakeSchoolASaferPlace— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
Ada yang bersimpati terhadap Ain kerana terpaksa menempuh dugaan ini pada usia yang sangat muda.
Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah apabila bebenang ditulis Ain turut menarik perhatian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam ciapannya kepada Ain berkata, gejala ‘victim blaming’ tidak seharusnya dijadikan normalisasi dan kaum wanita serta kanak-kanak mesti dibela.
“Tolong jangan normalisasi gejala ‘victim blaming’ terutamanya dalam kes seperti ini. Kita mesti hormati kaum wanita, dan kanak-kanak mesti dibela.
“Masyarakat mesti tegas melawan budaya jelek ini dan harus dukung perjuangan adik Ain.
“Teruskan perjuangan!,” katanya sambil memberi kata-kata semangat buat pelajar berusia 17 tahun itu.
Tolong jangan normalisasi gejala ‘victim blaming’ terutamanya dalam kes seperti ini. Kita mesti hormati kaum wanita, dan kanak-kanak mesti dibela.Masyarakat mesti tegas melawan budaya jelek ini dan harus dukung perjuangan adik Ain.Teruskan perjuangan! https://t.co/aFN34J7RwC— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 4, 2021
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, guru pendidikan jasmani terbabit telah memfailkan tuntuan saman berjumlah RM1,000,000 kerana mendakwa dirinya difitnah Ain.
Bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, guru tersebut membuat tuntutan terhadap dirinya (bapa), anak (Ain) dan isteri.
“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung jam 2 petang pada Rabu.
“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.
Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.
Sumber: Twitter
Foto: Instagram, Google
Must-Watch Video