Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Guru Selayaknya Dihargai! Calonkan Guru Anda Dalam RISE Educator Award Untuk Menang Hadiah Wang Tunai

Azwa Rahman 02/04/2021 | 09:21 MYT
Kolej ternama, Taylor’s Collage dengan kerjasama The Risers telah melancarkan anugerah The RISE Educator Award untuk meraikan dan menghargai guru-guru yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada setiap pelajar di Malaysia.
Anugerah ini dibuka kepada ibu bapa pelajar dan para pelajar yang berada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk mencalonkan nama guru-guru mereka. Manalah tahu bakal menjadi finalis akhir.
Menurut Pengarah Kampus Taylor’s Collage, Josephine Tan, beliau mengatakan bahawa mengajar bukanlah satu tugas yang mudah. Ditambah pula dalam situasi pandemik kini, ia menjadikan tugas guru semakin mencabar.
“Kami tahu ada ramai guru-guru yang sanggup berkorban masa, tenaga dan berhempas-pulas untuk menarik minat pelajar mereka mempelajari sesuatu subjek. Mereka turut menggunakan masa peribadi untuk membantu para pelajar serta menyediakan bahan pelajaran.
“Untuk setiap jam yang diluangkan, dedikasi dan usaha yang berterusan, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan, kami hargai semua jasa guru-guru anda. Kami mahukan anugerah ini diberikan kepada guru-guru yang handal melakukan tugas-tugas mereka,” jelasnya lagi.
Para pelajar dan ibu bapa boleh mencalonkan nama-nama guru pilihan mereka mulai 1 hingga 23 April ini dengan mengatakan jasa guru tersebut yang memberi impak kepada mereka atau anak mereka dengan tidak melebihi 100 patah perkataan.
Lima finalis akan dipilih daripada penyertaan dan kisah mereka akan dimuat naik di laman sosial Taylor’s Collage. Pemenang akan ditentukan menerusi undian daripada orang awam.
Guru yang menang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan mereka yang mencalonkan nama guru tersebut bakal menerima RM500.
Sudah bersedia untuk mengundi nama guru anda? Tekan di sini untuk menghantar penyertaan.
#Advertorial #RISE Educator Award #Taylor's Collage
;