Terkini

Gus Miftah Letak Jawatan Utusan Khusus Presiden, Minta Maaf Kepada Prabowo & Rakyat Indonesia

Maliah Surip
06/12/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Gus Miftah Letak Jawatan Utusan Khusus Presiden, Minta Maaf Kepada Prabowo & Rakyat Indonesia
Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan beberapa hari selepas namanya terkait kontroversi kerana menghina seorang penjual minuman atau teh.
Gus Miftah, 43, meletakkan jawatan pada Jumaat sambil meminta maaf kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
“Kepada Bapak Presiden Prabowo Subianto dan seluruh masyarakat, saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Utusan Khusus Presiden.
“Saya mohon maaf kepada Presiden kerana belum mampu menjadi sesuai yang diharapkan,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Kompas.
Sambil menangis, Gus Miftah menegaskan peletakan jawatan yang dibuat bukan kerana tekanan tetapi bertanggungjawab dengan perbuatannya terhadap Prabowo dan rakyat Indonesia.
“Sebagai seorang pendakwah dan pelayan umat, saya merasa pengabdian kepada bangsa dan negara Indonesia tidak terbatas hanya pada satu jabatan semata, tetapi mencakup ruang di mana saya dapat memberikan manfaat," ujarnya lagi.
Terdahulu Gus Miftah menimbulkan kemarahan dan dianggap tidak mempunyai adab baik sebagai seorang pendakwah serta orang kepercayaan presiden setelah dirinya tular menghina seorang penjual teh bernama Sunhaji sewaktu berdakwah di sebuah majlis di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, pada 20 November 2024.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live