Gaya Hidup
“Gusi Bengkak Bernanah Rupanya...” Awasi Anak, Elak Beli Makanan Ditutup Guna Stapler
Sering kita melihat ada sesetengah peniaga menutup makanan dengan menggunakan stapler pada pembungkus.
Namun benda yang nampak mudah itu boleh dikategorikan sebagai merbahaya kepada kanak-kanak sekiranya ibu bapa tidak peka dengan perkara tersebut.
Menerusi laman Facebook Public Health Malaysia, memberikan contoh kejadian tidak diingini berlaku kepada seorang kanak-kanak disebabkan tergigit stapler.
Akibatnya gusi kanak-kanak itu membengkak dan bernanah disebabkan kehadiran bendasing itu.
“Seorang kanak kanak perempuan dirujuk ke pakar pergigian kerana mengalami sakit dan bengkak digusi.
“Pemeriksaan mendapati, terdapat bengkak yang telah bernanah di gusi pesakit tersebut.
“Imbasan xray menunjukkan terdapat imej yang gelap- yang menunjukkan kehadiran bendasing di dalam nanah tersebut.
“Bengkak tersebut dicucuk dan air nanah di keluarkan. Rupanya terdapat dawai stapler yang tertusuk di celah gigi sehingga ke akar gigi pesakit.
“Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing didalam makanan,” kongsinya.
Oleh itu Public Health Malaysia menyarankan ibu bapa elakkan membeli makanan yang ditutup dengan mengguna stapler.
1.Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan stapler.
2.Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan
Entri itu memaklumkan dawai stapler atau dawai kokot di anggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk di gunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.