Laman Utama
GV9: "Saya Ada Masalah Stage Fright & Dada Berdebar-Debar" - Haida Hasnan Tak Cukup Masa Berlatih, Ambil Risiko Ubah Lagu Punca Tersingkir
Kekurangan masa untuk berlatih dan berdepan masalah ‘stage fright’ menjadi punca penyanyi Haida Hasnan tersingkir di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada malam Ahad.
Haida juga mengakui perubahan yang dilakukan pada lagu Nang nyanyian asal penyanyi Iman Troye juga menyebabkan dia tidak dapat mengawal pernafasan dengan baik.
Menurut penyanyi lagu Hajat itu, dia sepatutnya mendengar nasihat juri tetap GV9 iaitu Datuk Ramli MS yang melarangnya mengubah lagu tersebut.
“Sejujurnya saya sendiri rasa tak dapat balance dengan lirik lagu tersebut. Satu kesalahan saya bila ada satu bahagian nyanyian tu terputus nafas. Ikutkan original lagu, hanya pendek saja nafas.
“Tapi saya ambik risiko untuk panjangkan sikit. Sebenarnya salah satu sebab saya pun kekurangan masa untuk berlatih. Sebelum nak naik stage pun, saya masih terfikir nak buat ke tidak part tu.
“Tambahan pula saya ada masalah stage fright, dada berdebar-debar. Bila masa buat latihan sendiri, boleh pula buat. Patutnya saya dengar nasihat Tokram yang larang saya ubah lagu tu,” katanya kepada gempak.
Langkah Haida terhenti apabila persembahan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye mendapat markah terendah iaitu 53.40 peratus pada konsert minggu ketiga GV9 yang berlangsung pada malam, Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Manakala Shila Amzah menduduki tempat pertama menerusi lagu Secangkir Madu Merah nyanyian asal penyanyi dangdut popular Amelina sekaligus memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Tomok pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.
Dengan bertemakan ‘Pilihanmu, Okay Lock’, 12 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video