Laman Utama

GV9: "Saya Sekadar Hiburan Tambahan..." - Steady Asheed Walau Tersingkir, Masuk Bertanding Sebab Nak ...

Asyikin Mayudin
13/11/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: "Saya Sekadar Hiburan Tambahan..." - Steady Asheed Walau Tersingkir, Masuk Bertanding Sebab Nak ...
Tidak kecewa tersingkir di minggu suku akhir Gegar Vaganza 9 (GV9), Penyanyi Asheed Def Geb C berkata tujuan dia menyertai pertandingan itu hanya ingin mendapatkan komen juri mengenai nyanyiannya.
Malah Asheed, 49, memberitahu dia berpuas hati apabila dapat mempelajari banyak ilmu baharu sepanjang sembilan minggu berada di pentas GV9.
“Saya masuk GV ini sebab nak orang komen nyanyian saya. Selama ini tak orang komen, orang hanya puji, suara sedap dan unik. Saya nak dengar komen tentang kekurangan nyanyian saya.
“Jadi saya dah dapat apa yang saya nak di GV9. Setiap minggu ada saja teguran dan komen daripada juri antaranya masalah penghayatan saya kurang. Di GV9 ni saya banyak dapat ilmu baharu.
“Walaupun tahun depan saya dah 50 tahun tapi tak semestinya saya tak boleh belajar. Jadi, saya tak rasa kecewa pun tersingkir. Ilmu tu tak rugi untuk saya belajar,” katanya kepada Gempak.
Asheed yang menyanyikan lagu Lena Diulit Intan (Wings) di konsert suku akhir GV9 yang berlangsung pada malam semalam menerima markah terendah iaitu 58.60% sekali gus tersingkir.
Adat pertandingan ada penyingkiran, Asheed bagaimanapun dia tidak pernah menganggap dirinya bersaing dengan bintang-bintang GV9 yang sudah dikenali.
Menurut Asheed, dia berasakan dirinya hanya sekadar hiburan tambahan sepanjang berada di pentas GV9.
“Saya tak rasa pun bersaing di pentas GV9. Bagi saya, setiap pertandingan mesti akan ada yang akan tersingkir. Ikutkan GV ni merupakan pertandingan kedua yang saya sertai. Pertama saya masuk pertandingan ketika zaman sekolah.
“Jadi, bab pertandingan ni saya belum masak tapi saya tetap berasa puas hati dapat apa yang saya nak. Lagipun, saya dekat GV sekadar hiburan tambahan saja,” ujarnya.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar