Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

GV9: “Selepas Dapat Komen Tokram, Saya Sudah Bersedia Nak…” - Dina Nadzir Tak Terasa Hati, Akur Jika Tersingkir

Asyikin Mayudin 07/11/2022 | 03:26 MYT

Mendapat markah terendah minggu kelapan, peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) Dina Nadzir tidak pernah mengambil hati dengan komen yang diberikan oleh juri tetap Datuk Ramli MS.

Menurut Dina, dia kerana terima segala komen kerana sudah menganggap Ramli MS atau mesra disapa Tokram sebagai seorang guru.

“Tak (terasa hati), bila dia cakap atau komen kita kena terima la sebab dia sebagai seorang guru. Jadi, apa-apa pun yang dia cakap kita kena terima.

“Sebab kalau kita tak terima, bila kita nak belajar. Saya memang tak pernah terasa hati denga komen Tokram,” kata Dina kepada Gempak.

Terdahulu, Dina yang menyampaikan lagu Hijau nyanyian asal penyanyi Datuk Zainal Abidin di malam konsert minggu kelapan GV9 menerima markah 60.60%.

Nasib menyebelahi Dina apabila tiada penyingkiran pada minggu kelapan biarpun Ramli MS memberi komen mengatakan dia memberi markah rendah untuk persembahan tersebut.

Bagaimanapun, Dina mengakui dia sebenarnya sudah bersiap sedia sekiranya menjadi peserta yang tersingkir pada konsert yang berlangsung malam semalam.

“Saya sebenarnya selepas dapat komen Tokram itu, saya sudah bersedia nak balik. Malah kalau tengok balik, saya dah relax dan tunggu.

“Sebab saya okay, dah bersedia memang adat bertanding. Kalau orang buat persembahan dan pemarkahan rendah, kita memang kena keluar. Jadi, saya memang akur,” ujarnya.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Ramli MS #Dina Nadzir #Dina #Tokram #GV9 #Dina GV9 #Dina Tokram
;