Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

GV9: Syafinaz Selamat Kecewa Persembahan Solo Kurang Menyengat, Tok Ram Pula Dedah Punca Sebenar Fuad Rahman & Dina Nadzir Tersingkir

Asyikin Mayudin 21/11/2022 | 07:55 MYT

Tak keluar dari kotak antara punca bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Fuad Rahman dan Dina Nadzir tersingkir di minggu separuh akhir yang berlangsung pada malam semalam di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, ersembahan Fuad dan Dina pula dianggap tiada perubahan selain hanya duduk dalam zon selesa sepanjang 10 minggu GV9 berlangsung.

“Terus terang saya cakap dengan beberapa peserta bukan Fuad saja, tiap-tiap minggu saya potong lagu yang dalam list. Kalau lagu ada yang tak keluar dari kotak, saya akan potong.

“Tentang Fuad tu, well kalau kamu dengar apa yang dia menyanyi, itulah dia dan sama juga la dengan Dina. Mereka tak keluar dari kotak… dari zon selesa mereka,” katanya.

Sementara itu, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat turut mengakui persembahan solo bintang GV9 di konsert separuh akhir yang berlangsung malam semalam kurang menyengat.

“Pada pendapat saya, persembahan solo minggu ini kurang menyengat. Untuk separuh akhir, saya sebenarnya mengharapkan lebih dengan apa yang dipersembahkan.

“Nyanyian secara duet pada saya lebih memberikan markah kepada mereka berbanding nyanyian solo,” kata Syafinaz.

Terdahulu, Fuad yang menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) mendapat markah rendah iaitu 58.30% menyebabkan dirinya menjadi peserta yang tersingkir.

Selain Fuad, penyanyi Dina yang juga rakan duetnya menerusi lagu Boneka (Ernie Zakri) selain lagu solo Bukan Dia Tapi Aku (Judika) turut tersingkir apabila mendapat markah 59.20%.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Dina #Tok Ram #Syafinaz #GV9 #Gegar Vaganza 9 #Fuad #Dina tersingkir #Fuad tersingkir #Syafinaz kecewa
;