Laman Utama
GV9: Terselamat Walau Nyanyian Solo Mengecewakan, Ini Ulas Tok Ram Fasal Markah Sebenar VE & Hazrul Nizam! - "Kalau Ikutkan ..."
Ketua juri Gegar Vaganza 9 (GV9) Datuk Ramli MS tampil menjelaskan mengenai markah kumpulan V.E yang mendapat 74.30 % dan Hazrul Nizam (75.80 %) di konsert separuh akhir pada malam semalam.
Menurut Ramli MS atau Tok Ram, lagu duet V.E bersama Hazrul Nizam menerusi lagu Kau Pun Sama (Syamel) membantu menaikkan markah mereka biarpun persembahan solo mengecewakan.
“Mereka sangat bagus masa lagu duet… duet mereka sangat meriah, membantu mejadikan markah tinggi. Ikutkan markah lagu solo V.E dan Hazrul sangat rendah.
“Tapi bila persembahan duet itu, mereka berjaya lakukan dan duet sangat fun. Tapi saya happy bila Hazrul menyanyi lagu fast,” kata Tok Ram.
Bagaimanapun Tok Ram turut menegaskan dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang bakal bergelar juara biarpun menggalas tanggungjawab sebagai ketua juri.
“Sebagai ketua juri, saya tak hak nak letakkan bintang mana yang nombor satu ke dua ke… kita ada tiga juri dan segala keputusan atas persetujuan semua. Saya tak ada kuasa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Tok Ram mengakui persembahan solo V.E menerusi lagu Azura (Datuk Jamal Abdillah) sangat mengecewakan sehingga rata-rata netizen menjangkakan kumpulan itu akan tersingkir.
Tok Ram juga memberi komen mengenai persembahan Hazrul menerusi lagu Hal Hebat (Govinda) tidak begitu bagus disebabkan ‘low note’.
Bagaimanapun, Fuad yang menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) mendapat markah rendah iaitu 58.30% menyebabkan dirinya menjadi peserta yang tersingkir.
Selain Fuad, penyanyi Dina yang juga rakan duetnya menerusi lagu Boneka (Ernie Zakri) selain lagu solo Bukan Dia Tapi Aku (Judika) turut tersingkir apabila mendapat markah 59.20%.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!