Laman Utama

Gwyneth Paltrow Kenang Sikap Liar Di Tahun 90-an: “Tidak Ada Telefon Pintar…”

Maliah Surip
11/01/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Gwyneth Paltrow Kenang Sikap Liar Di Tahun 90-an: “Tidak Ada Telefon Pintar…”
Gwyneth Paltrow adalah satu nama yang cukup gah dalam dunia seni Hollywood sekitar 1990-an.
Pernah melewati zaman kegemilangan dan mengecap populariti yang cukup hebat, Paltrow mengatakan dia bernasib baik kerana ‘sikap liarnya’ tidak ‘ditangkap’ oleh telefon pintar lalu tersebar di media sosial seperti sekarang.
Dalam temu bual bersama The Late Late Show with James Corden, Paltrow memberitahu pernah hidup bebas seperti mengambil dadah dan berfoya foya bersama banyak lelaki.
Meski khalayak mengetahui kisah ketagihan dadahnya, namun ia dilaporkan oleh media, bukannya diketahui melalui media sosial.
“Saya rasa ia zaman yang menyenangkan. Saya ingat waktu itu masih mengambil dadah di dalam kelab malam, tapi tidak ‘ditangkap’. Saya berpesta, menari di atas meja dan tiada siapa peduli.
“Tidak ada telefon pintar dengan kamera,terutama di New York, paparazi juga tiada.
“Anda boleh keluar berfoya foya, pulang dengan ‘seseorang’ dan tidak ada siapa yang tahu,” katanya seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Paltrow yang kini berusia 50 tahun mula terkenal menerusi filem Seven. Bakat Paltrow terus digunakan oleh banyak sutradara lain sehingga dia diiktiraf dalam banyak anugerah termasuk Academy Awards.
Popularitinya juga terus memuncak apabila bertunang dengan aktor Brad Pitt sebelum memutuskan ikatan tersebut kerana berasa belum sedia untuk berkahwin.
Namun Paltrow akhirnya berkahwin pada 2003 dengan vokalis Coldplay, Chris Martin, memiliki sepasang anak dan bercerai pada 2014. Dia kemudian berkahwin semula dengan seorang penerbit, Brad Falchuk pada 2018.
Seiring usia, dia kini menjalani kehidupan yang seimbang dan lebih tenang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar