Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Habis Ditutup Litup Anak Dengan Topeng Muka…" - Pendekkan Percutian Di Pulau Tioman, Mila Jirin Patuhi Arahan PKP

Zulaikha Yusof 25/03/2020 | 03:30 MYT
Penyanyi Mila Jirin mendedahkan dia dan keluarga sedang berada di Pulau Tioman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.
Menurut Mila, dia cemas selepas mengetahui berita terbabit kerana keadaan kawasan pulau yang mempunyai masalah liputan telefon.
"Tiga hari sebelum #Lockdown saya dan suami serta anak dan kawan-kawan ke Pulau Tioman dari Johor Bahru.
Memang dah plan awal trip ni, trip nak pergi memancing dan melihat keindahan Alam ciptaan Allah.
"Di Pulau Tioman resort yang kami stay memang tak ada coverage phone langsung, jadi sewaktu pengumuman #Lockdown oleh YAB Perdana Menteri memang kami tak dapat maklumat sehingga lah, adik saya @effajirin WhatsApp dan nyatakan dan juga few team saya di pengurusan Bizmilla WhatsApp kenyataan media kepada saya.
"Huh masih ingat betapa cemasnya saya dan suami serta rakan-rakan cari coverage dan hampir hampir nak masuk dalam laut cari line telephone.
"Tengah tengah malam buat meeting tergempar dengan semua head team di Bizmilla, call sana call sini untuk berikan pelbagai arahan untuk memastikan semuanya tidak berada dalam keadaan panik.
"Dan susun atur apa yang perlu dilakukan sebelum #Lockdown dan Shutdown sementara operasi Bizmilla di Subang, KL, Kajang dan JB
"Group WhatsApp di setiap cawangan @bizmilla_wedding_centre dan @thebridalfactory laju dengan update terkini kerana semua majlis majlis perkahwinan kami telah arahkan tunda, team @bizmillatravel agak tenang kerana memang dah perlahankan operasi semenjak Saudi Arabia tutup visa umrah tempoh hari," kongsinya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Norsyarmilla Jirin, 33, menyatakan dia terpaksa memendekkan percutian tersebut dan kembali ke rumahnya di Puchong, Selangor.
Dalam perjalanan pulang, dia akui menjadi seorang yang paranoid dari segi penjagaan kesihatan dan keselamatan suami serta anak.
"Percutian yang dirancang terpaksa dipendekkan dan resort yang kami menginap tu kosong dari manusia, adalah dua atau tiga kumpulan kecil warganegara Malaysia.
"Sehari selepas #lockdown, saya berjaya dapat tiket feri untuk pulang, punyalah risau dalam feri bukan kepalang, habis ditutup litup anak @arifzikri17 dengan topeng muka dan tutup dengan tudung, hand sanitize jangan cakap, sampai Arif tanya "Mommy, berapa kali nak cuci tangan?". Paranoid seorang ibu biasa lah.
"Sampai jer di jetty, rasa macam berlari-lari nak masuk kereta, dah masuk kereta pun risau sangat, macam macam fikir, sampailah kami semua sampai di rumah di Puchong baru lah saya rasa tenang.
"Home is the safety place! Serious itu yang saya rasa, tak pernah saya rasa macam tu bila stay outdoor. Di atas highway nak cepat sampai rumah, suami berhenti isi minyak pun risau," tulisnya lagi.

3 Hari sebelum #Lockdown saya dan suami serta anak dan kawan kawan ke Pulau Tioman dari Johor Bahru.... - Memang dah plan awal trip ni, trip nak pergi memancing dan melihat keindahan Alam ciptaan Allah... - Di Pulau Tioman resort yang kami stay memang tak ada coverage phone langsung, jadi sewaktu pengumuman #Lockdown oleh YAB Perdana Menteri memang kami tak dapat maklumat sehingga lah, Adik saya @effajirin whatsapp dan nyatakan dan juga few team saya di pengurusan Bizmilla whatsapp kenyataan media kepada saya.. - Huh masih ingat betapa cemas nya saya dan suami serta rakan rakan cari coverage dan hampir hampir nak masuk dalam laut cari line telephone ? - Tengah tengah malam buat meeting tergempar dengan semua head team di Bizmilla, Call sana call sini untuk berikan pelbagai arahan untuk memastikan semua nya tidak berada dalam keadaan panik...Dan susun atur apa yang perlu dilakukan sebelum #Lockdown dan Shutdown sementara operasi Bizmilla di Subang, KL, Kajang dan JB - Group whatsapp disetiap cawangan @bizmilla_wedding_centre dan @thebridalfactory laju dengan update terkini kerana semua majlis majlis perkahwinan kami telah arahkan tunda, team @bizmillatravel agak tenang kerana memang dah perlahankan operasi semenjak saudi arabia tutup visa umrah tempoh hari - Percutian yang dirancang terpaksa dipendekkan, dan resort yang kami menginap tu kosong dari manusia, ada lah 2 tiga kumpulan kecil warganegara malaysia - Sehari selepas #lockdown, saya berjaya dapat tiket feri untuk pulang, punya lah risau dalam feri bukan kepalang, habis ditutup litup anak @arifzikri17 dengan mask dan tutup dengan tudung, hand sanitize jangan cakap, sampai Arif tanya "Mommy berapa kali nak cuci tangan" ? Paranoid seorang ibu biasa lah.... - Sampai jer di Jetty, rasa macam berlari lari nak masuk kereta, dah masuk kereta pun risau sangat, macam macam fikir, sampai lah kami semua sampai di rumah di Puchong baru lah saya rasa tenang... Home is the safety place! Serious itu yang saya rasa, tak pernah saya rasa macam tu bila stay outdoor...Di atas highway Nak cepat sampai rumah, husband berhenti isi minyak pun risau. - #StayAtHome #SafePlace #Tawakal #AllahMahaBesar

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Ailis pada 11 November 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1730 orang dengan 16 rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1507 orang sedang dirawat di hospital, manakala 207 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Mila Jirin #Pulau Tioman #COVID-19
;