Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Habis Rosak Barang Nak Kenduri Kahwin" - Enot Sedih Rumah Keluarga di Seremban Banjir Naik Paras Dada

ZULHILMI JALIL 04/11/2020 | 09:15 MYT
Pelakon dan pelawak, Enot berkongsi berita sedih apabila rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan dilanda banjir teruk malam tadi.
Ketika dihubungi Gempak, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 42, berkata, air memasuki rumah keluarganya di Kampung Batu 3, Mambau sehingga ke paras dada.
"Banjir tengah malam tadi. Tahu-tahu sahaja air dah penuh, naik paras dada. Nasib baik malam tadi adik tak kerja, ada dengan mak (mak tiri).
"Kalau dia seorang diri lagilah, menangis," ceritanya.
Jelas Enot lagi, paling menyedihkan banyak barangan keperluan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin adik lelakinya yang baru bernikah musnah.
"Kenduri kahwin patut buat hari itu, tapi kes meningkat, tak jadi. Jadi, beras dan barang-barang masih ada banyak lagi, habis semua (rosak). Habis rosak set katil kahwin baru.
"Ingat nak tunggu buat bulan Disember bila keadaan dah okay, tapi dah jadi macam ni memang tak ada lah kenduri," katanya.
Begitupun, menurut Enot air sudah mulai surut pagi tadi sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan.
"Air dah surut pagi ini, mereka tengah mencuci.
"Nasib kakak yang tinggal di Senawang boleh balik tolong mak bersihkan rumah sebab saya nak balik tak boleh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)," katanya.
Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram Enot turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan rumah keluarganya yang dilanda banjir.

Assallamualaikum pg2 group family dah kecoh mlm td rumah makumi sy kat seremban hbs banjir paras dada,nasib adik ada kat umah klu x dia sorg jelah kat umah banjir2 tgh malam..hbs brg n beras nak kenduri x jadi hari tu.. sabarlah mak..org nak blk sana pun x lepas keadaan mcm ni dgn seremban dah start PKPB dugaan sungguh lah.. ya Allah ko lindungilah Ahli keluargaku dan saudara2 ku di seremban smoga diorg dijauhkan dr musibah2 yg x diingini.. Aamin lama dah x bnjir bt 3 mambau ni dulu bnjir bole berenang siap buat sampan lg.. klu bt 3 bnjr ktorg sume ddk kat masjid bemban dkt dengan umah mak @nabilzira..time tu muda belia lg masih mampu berenang lg siap angkut biskut kedai cik kamal terapung2 baik ambik bwk g masjid ramai2 bole makan heheheh.. sedih sana bnjir x bole nak blik plak.. jenuh lah nak mngemas tu.. @allef_nazmi_abdullah tlg mak ok kakmok xbole nak balik.. apa2 halo2 ok.. #lovemyfamily #nijefamilyygakuada #dgrberitapg2migraindtglagi

A post shared by ENOT (@enot_78) on

#Kahwin #Enot #Kahwin #Banjir
;