Hiburan
“Habis Stok Tisu Di Rumah” - Ramai Menangis Tengok Andai Tiada Dia, Suami Ummi Nazeera Siap Share Tips Hilangkan Bengkak Mata
Sebagai salah seorang penyokong kuat drama Andai Tiada Dia, sudah pasti ramai yang menunggu hantaran terbaharu suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari.
Habis stok tisu rumah
Kali ini disebabkan ramai yang beremosi menonton episod terbaharu Andai Tiada Dia, lebih-lebih lagi babak berkaitan dengan Falah, Dr Izzar mengambil inisiatif berkongsi tips untuk mengurangkan bengkak mata akibat menangis keterlaluan.
“Saya mendapati kes mata bengkak sebab menangis keterlaluan dan kehabisan stok tisu di rumah makin bertambah dalam seminggu ni. Kenapalah agaknya?
“Mata bengkak akibat menangis sememangnya normal. Apabila anda menangis semasa tengok drama ATD tu, air mata tu akan menjadi banyak dan 'drainage system' mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak tu.
“Oleh itu, air mata berlebihan tu akan berada di tisu bawah mata tu, menyebabkan mata sembab atau bengkak,” tulisnya di Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: Falah Meninggal! Peminat Andai Tiada Dia Minta Pengarah Hidupkan Balik - “Falah Mati, Nyawa Intan Kemain Liat”
Tips kurangkan mata bengkak akibat menangis
Bagaimanapun, sekiranya mata mengalami bengkak walaupun tidak menangis, Dr Izzar menasihatkan untuk segera bertemu doktor kerana khuatir ada penyakit lain yang tidak diketahui.
“Tips mengurangkan mata bengkak akibat menangis, rendamkan dua teabag (caffeinated) dalam air suam dan letakkan dalam peti ais kasi sejuk.
“Bila mata sembab, letaklah terus sejuk sejuk tu. Caffein dalam teh akan mengecutkan salur darah seterusnya kuranglah sembab.
“Potong timun sejuk dan letak ditempat sembab itu. Guna 'cool compress' - Guna ice bag, guna kain rendam dalam air sejuk ke. Selepas itu letaklah dekat mata.
“Guna sudu sejuk yang diletakkan dalam peti ais. Kaedah ni lebih praktikal untuk yang tengok drama curi-curi di tempat kerja untuk mengelakkan ditegur bos kenapa menangis semasa kerja
“Cold rub - Sejukkan tangan/jari dahulu dengan air. Selepas itu urutlah mata supaya bengkak tu berkurangan. YouTube sahaja kalau nak tahu teknik urutan tu.
“Tapi, kalau mata tu bengkak selalu walaupun tak menangis tengok ATD, baik berjumpa doktor. Risau ada penyakit lain yang tak diketahui,” kongsinya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya terhibur dengan perkongsian Dr Izzar.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
ARTIKEL BERKAITAN:Suri Cabar Mental & Fizikal Ummi Nazeera - “Bangun Pagi Sakit Badan, Lebam Lebam Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’
ARTIKEL BERKAITAN:"Sampai Tahap Saya Rasa Takut Dengan Diri Sendiri" - Watak Suri 'Andai Tiada Dia' Cabar Mental Ummi Nazeera!
Sinopsis:
Andai Tiada Dia mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.
Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.