Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Hadapi Gelora Udara Ketika Penerbangan, Penumpang Qatar Airways Kongsi Detik Cemas

Firdaus 27/05/2024 | 12:25 MYT
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
Menurut seorang penumpang, lampu tali pinggang keselamatan tidak aktif semasa pesawat Boeing 787-9 Dreamliner itu terlibat dalam gelora udara.

"Saya terpaksa pegang tempat duduk hadapan...

Sementara itu, penumpang lain menyatakan bahawa pesawat tersebut berhadapan dengan keadaan itu selama 20 saat.
"Saya terpaksa pegang tempat duduk hadapan, saya terpaksa pakai tali pinggang keselamatan," kongsi seorang penumpang.

Penumpang Terhantuk Bumbung Pesawat

Selain itu, ada juga saksi yang berkongsi bahawa terdapat beberapa penumpang yang terhantuk di bumbung pesawat akibat kejadian gelora udara berkenaan.

Bagaimanapun, menurut info pesawat itu mendarat dengan selamat dan seperti yang dijadualkan.

BERITA TRENDING: 12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak mengulas secara langsung mengenai gelora udara itu, tetapi berkata pihaknya akan melakukan siasatan dalaman.

Minggu ini, seorang maut manakala puluhan cedera selepas pesawat Singapore Airlines dari London ke Singapura terpaksa mendarat di Bangkok akibat gelora udara teruk.
Sumber: SAYS

#Kemalangan #Berita #Qatar Airways #Kapal Terbang #Gelora Udara #Turbulence
;