Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Hadiah Ulang Tahun”- Penantian 10 Tahun, Azmi Saat Pilih Tarikh Lahirnya Sambut Anak Pertama

Syafiqah Jalal 17/09/2021 | 01:45 MYT

Penyanyi Azmi Saat memilih hari lahirnya untuk menyambut cahaya mata sulungnya yang dinanti-nantikan selama 10 tahun.

Azmi , 33, memilih 27 September ini selepas diberitahu oleh doktor isterinya, Nazirah Muhammad bakal melahirkan anak mereka melalui proses pembedahan.
“Antara doa isteri saya yang selalu saya aminkan adalah, "Moga satu hari saya juga berpeluang merasa macam mana rasanya melahirkan."
“Alhamdulillah ketika bertemu lagi dengan Dr. Dahlia untuk pemeriksaan dan membuat keputusan tentang kaedah bersalin.
“Awalnya isteri memilih bersalin normal. Namun, Doktor Dahlia lebih menyarankan untuk isteri bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan risiko pada keselamatan baby memandangkan kami sudah lebih 10 tahun menanti kehadiran cahayamata.
“Jika diizinkan tuhan, tahun ini saya akan dapat hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling besar sepanjang hidup saya.
“Doktor beri kami ruang untuk memilih tarikh bersalin. Sepantas kilat saya pilih 27 September sebab itu tarikh birthday saya,” katanya.
Vokalis kumpulan Caliph Busker itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama isterinya di hadapan sebuah hospital swasta.
Kurang dua minggu bakal menyambut anak pertamanya, Azmi minta semua mendoakan semua urusan mereka dipermudahkan.
“Dah tak lama dah. Dua minggu sahaja lagi. Setakat ini urusan kami semuanya dipermudahkan. Langsung tak ada masalah dari kesihatan isteri dan Afnan.
“Saya yakin ini adalah kerana doa orang-oranj yang sayangkan kami. Terima kasih. Moga Allah berikan kebaikan pada mereka dan kalian semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami,” pintanya.
Untuk rekod, pasangan cacat penglihatan ini mendirikan rumah tangga pada 2011.

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

#Penyanyi #Anak #Bersalin #Azmi Saat #Bayi #Busker #'Caliph
;