Laman Utama
Hadiahkan iPhone 14 Pro Max, Netizen Puji Jennie Blackpink Layan Pengurus Dengan Baik
Kita sering mendengar selebriti memberikan hadiah kepada peminat. Namun, rutin artis memberi sesuatu yang istimewa kepada pengurus juga merupakan satu hal yang kerap berlaku.
Terbaharu, anggota kumpulan Blackpink, Jennie menerima pujian apabila dia menghadiahkan iPhone 14 Pro Max kepada pengurusnya.
Menerusi perkongsian di sebuah forum online, netizen berkongsi tangkap layar yang memaparkan ucapan terima kasih pengurus Jennie terhadap pemberian penuh bermakna itu.
“Terima kasih untuk iPhone 14 Pro Max,” ujar pengurusnya sambil meletakkan tag nama Jennie pada hantaran di Instagram Story berkenaan.
Netizen masing-masing memberikan respons terhadap pemberian hadiah berkenaan:
“Pengurus Jisoo juga selalu berkongsi gambar hadiah yang diterima di Instagram. Keempat-empat mereka (Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose) sangat mengambil berat tentang individu di sekeliling mereka.”
“Saya sangat cemburu.”
“Sangat senang melihat mereka (anggota kumpulan Blackpink) melayan orang di sekliling dengan baik.”
“Lihatlah mereka melayan orang-orang yang berada di sekeliling mereka.”
Untuk rekod, harga seunit iPhone 14 Pro Max bermula pada RM5,799 sehingga RM8,299 mengikut kapasiti terbina dalaman pilihan.
Sumber: Allkpop
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!