Hiburan
Hadir Ke Konsert Setiap 2 Minggu Boleh Perpanjang 9 Tahun Usia, Mitos Atau Fakta?
Konsert dan muzik selalu menjadi alternatif untuk kebanyakan orang mencari hiburan yang boleh memberikan keterujaan dan kegembiraan.
Selain mendapat kepuasan yang bersifat sebentar, ada yang mendakwa kekerapan hadir ke sesebuah konsert boleh menjadi usia seseorang lebih panjang.
BERITA TRENDING: Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!
Adakah itu hanya mitos atau fakta?
Jika mengikut kajian yang dijalankan oleh penaja hiburan terkenal dunia, 02 bersama seorang pakar tingkahlaku sains dari Universiti Goldsmith, Patrick Fagon, seseorang yang aktif hadir ke sesebuah konsert boleh mendapat kehidupan yang lebih panjang.
Kajian tersebut merumuskan seseorang yang hadir ke konsert setiap dua minggu akan ‘mendapatkan’ usia sembilan tahun lebih lama!
“Hanya dengan hadir ke konsert selama 20 minit, seseorang boleh menjadi lebih ‘sihat’ dalam kadar 21 peratus.
“Kajian mengenai tingkat kesejahteraan hidup seseorang juga boleh bertambah sembilan tahun jika kerap hadir ke konsert,” bunyi kenyataan yang dikeluarkan oleh O2 seperti dilaporkan liveforlive.music.com.
Kenyataan sama turut mendakwa semua kajian yang dijalankan mengambil kira kepada ujian kepantasan denyut jantung dan stimulasi mental setiap kali seseorang hadir ke konsert.
“Melalui kajian yang dijalankan didapati kesejahteraan yang positif daripada mereka yang pergi ke konsert.
“Kebanyakan mereka yang hadir ke konsert setiap dua minggu atau lebih kerap berasa sihat dan gembira.
“Dengan itu kami dapat merumuskan seseorang yang hadir ke konsert setiap dua minggu sekali akan memperoleh kesejahteraan hidup lebih lama, sekurangnya satu dekad,” dakwa kenyataan tersebut lagi.