Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Hadiri Kursus Kahwin, Nonny Bakal Berkahwin Selepas 9 Tahun Bercinta

Syafiqah Jalal 17/01/2018 | 03:58 MYT
Pelakon Nonny Nadhirah memberitahu, bakal berkongsi mengenai perkahwinannya dengan jejaka yang dikenalinya sejak sembilan tahun lalu, jika perkara tersebut berlaku.
Nonny Nadhirah atau Nonnyberkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Instagram (IG)nya sebaik sahaja tamat menduduki kursus perkahwinan baru-baru ini.
Rata-rata pengikut IG Nonny membuat andaian, bekas pelajar Akademi Fantasia 5 (AF 5) itu akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat berdasarkan hashtag #countingdays yang digunakannya.
Mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan Nonny berbahagia disamping kekasih yang dicintainya.
Dalam pada itu, ada juga pengikut kagum dengan hubungan cinta Nonny dan pasangannya yang sudah terjalin selama sembilan tahun itu.

Terima kasih byk kak Ana!!??? kpd sesiapa yg ingin memasuki ke gerbang alam perkahwinan boleh mendaftar di @kursuskahwinttdi & berjumpa dgn kak Ana tau.. baik,sgt humble,anything yg u gais x faham dia boleh tlg guide & jelaskan semua benda dgn anda..? . Owh lupa,ramai yg tnya ciknons dah nak kawin ke?insyaallah... pape nanti ciknons oyak deh?!!☺️?hehehe #nonnynadirah #nonnycliques #kursuskahwin #countingdays #relationshipgoals #9yrs #ciknonsisneves

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Nonny Nadhirah
#Kahwin #Kahwin #Kursus Kawin #Nonny AF5 #Nonny Nadhirah
;