Laman Utama

Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!

Amri Hassan
20/10/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!
Demi mendapatkan sosok badan yang kurus untuk drama lakonan sulungnya, My Famous Ex-Boyfriend, penyanyi Hael Husaini mengamalkan diet makan sayur.
Jelas Hael, dia perlu menurunkan berat badannya cuma dalam tempoh seminggu sebelum memulakan penggambaran.
"Saya hubungi Nabila Huda untuk bertanya pendapatnya mengenai kewajaran menerima tawaran ini. Dia nasihatkan saya terima... Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, saya kena cuba.
"Jadi, sepanjang seminggu, menu saya hanyalah sayur. Saya berjaya turunkan berat badan daripada 57 kilogram (kg) kepada 50kg," ujarnya kepada media.
Dalam pada itu, Hael tidak menyangka dipanggil untuk sesi ujibakat untuk watak Haqie Zuhal dalam drama arahan Hadith Omar itu.
"Waktu masuk ke bilik 'casting', saya terkejut lihat banyak kamera di hadapan. Lalu, saya diminta untuk membaca petikan skrip.
"Selesai baca, pengarah tepuk tangan dan beritahu, saya adalah calon yang dicari. Dalam keadaan terkejut, saya terima tawaran mereka," katanya.
My famous Ex-Boyfriend bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia juga akan ditayangkan di sooka menerusi pelan langganan mudah alih pelan Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar