Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Didakwa Bakal Nikah, Netizen Perli - “Baru Balik Surau, Nak Gambar Sayang”
Pelakon, Hafidz Roshdi mendapat perhatian netizen selepas ada dakwaan yang mengatakan dirinya bakal melangsungkan perkahwinan bersama wanita kontroversi, Athira Yuhada 16 Disember ini.
Susulan dakwaan itu, netizen sudah mula memberikan reaksi mereka mengenai perkara itu di media sosial.
Rata-ratanya memberikan reasksi berbaur perlian terhadap kedua-dua pasangan itu.
Antara komen yang diberikan adalah:
Terdahulu, tular sekeping foto undangan jemputan didakwa milik Hafidz dan Athira yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan terletak di Selangor.
Menerusi undangan tersebut, turut tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.
BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi & Shuhada Sah Cerai Talak Satu - "Puas Hati Dan Gembira..."
Terdahulu, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Sebelum ini, Hafidz ketika ditemui para pengamal media bagaiamanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut dan memilih untuk mengunci mulut.
BERITA TRENDING: “No Komen” - Hafidz Bakal Sahkan Status Hubungan Dengan Athira Selepas Bercerai
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.