Laman Utama

Hafidz Roshdi Warning Bekas Isteri Padam Gambar - "Sebelum Saya Ambil Tindakan..."

Amri Hassan
18/10/2023
01:45 MYT
Sponsor Banner
Hafidz Roshdi Warning Bekas Isteri Padam Gambar - "Sebelum Saya Ambil Tindakan..."
Pelakon Hafidz Roshdi memberikan amaran kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada yang memuat naik foto mereka bersama baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz memohon Shuhada menukar atau memadamkan hantaran berkenaan sebelum tindakan diambil.
"Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa.
"Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah," katanya.
Biarpun Shuhada menutup sebahagian wajah lelaki yang memeluknya, netizen mendakwa tindakannya tidak wajar meskipun mahu menunjukkan perubahan saiz badannya.
Sehingga artikel ini ditulis, Shuhada telah memadamkan hantaran berkenaan dari media sosialnya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar