Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hailey Bieber Teringin Anak Dengan Justin Bieber Tapi Takut, Rasa Tak Selamat

Maliah Surip 16/05/2023 | 14:43 MYT

Pasangan selebriti berprofil tinggi, Justin Bieber dan Hailey Bieber telah berkahwin secara rahsia pada tahun 2019.

Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahayamata.
Dalam satu temu bual bersama Sunday Times, Hailey akhirnya mendedahkan dia sangat ingin memiliki anak, namun ada sesuatu yang selalu menghalang niatnya untuk menjadi ibu.
Akui model tersebut, ketakutannya melihat hari-hari yang akan dilalui dan masa depan anaknya dibesarkan dalam kehidupan penuh perhatian daripada media dan seluruh dunia membuatkan dia takut untuk menjadi ibu.
Wanita berusia 26 tahun itu juga mengatakan dia tidak mahu pengalaman membesar dalam keluarga yang sentiasa diberi perhatian berulang kepada anak-anaknya.
“Saya sebenarnya menangis setiap kali memikirkan tentang ini (mempunyai anak).
“Saya sangat terdesak untuk punya anak, tapi takut. Saya rasa cukuplah masyarakat bercakap tentang suami atau kawan-kawan saya.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana masyarakat nanti bercakap tentang anak kami pula,” luahnya.
Sebelumnya dalam satu temu bual lain dengan media United Kingdom, Hailey mengaku berasa kehidupannya sewaktu membesar sebagai pengalaman yang tidak selesa.

#Anak #Hollywood #Justin Bieber #Hayley Bieber
;