Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!

Azwa Rahman 30/06/2022 | 08:54 MYT

Bukan 10 tahun, tapi penyanyi R Kelly dijatuhi hukuman penjara 30 tahun!

Itulah padah yang diterima pelantun lagu I Believe I Can Fly itu selepas melakukan pelbagai jenayah seksual kepada wanita serta golongan remaja dan lelaki dengan menggunakan statusnya sebagai selebriti.
Mangsa mereka semua menjadi pemuas nafsu dan didera mental serta fizikal sepanjang menjadi mangsa seks penyanyi yang cukup popular pada tahun 90-an tersebut.
Hukuman itu dijatuhkan pihak mahkamah, dengan hakim menyifatkan dirinya sebagai seorang manusia yang tidak dapat membezakan keperitan individu atau mangsa mangsa jenayah seksualnya.
Hakim Ann Donnelly dipetik berkata: “Anda mengajar mereka tentang menjadi hamba cinta dan seks sebagai satu kekejaman.”
Malah BBC melaporkan, salah seorang mangsa yang menjadi hamba seks pemilik nama sebenar Robert Sylvester Kelly ini, Angele secara terbuka mengaku tidak lagi bersemangat untuk hidup selepas mengenali penyanyi itu.
“Saya berharap saya telah mati mengenangkan perbuatan terkutuk anda,” katanya yang menggelar penyanyi tersebut dengan panggilan Pied Piper.
Selepas hukuman 30 tahun dijatuhkan dan mahkamah mengabaikan permintaan peguamnya untuk sekurangnya membuat R Kelly duduk di balik tirai besi dengan hanya 10 tahun, penyanyi itu tidak memberi sebarang respon.

#R Kelly #Selebriti Hollywood #Jenayah Seksual
;