Hiburan

Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”

Mya Amri
24/01/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”
Pelakon, Intan Ladyana, 41, mendedahkan usia kandungannya kini kencecah usia enam bulan.
Menurut Intan, kehamilan kedua ini agak menguji dirinya apabila mengalami alahan teruk berbanding yang pertama.
“Usia kandungan kini enam bulan, alahan lebih sikit berbanding yang pertama.
“Yang kedua ini agak memenatkan sedikit sebenarnya sebab saya kena jaga anak yang pertama sekali,” katanya ketika ditemui Gempak.
Intan ditemui di tayangan perdana Banglo Seksyen 12 yang berlangsung di GSC, Lalaport, Bukit bintang pada Selasa.
Tambah Intan lagi, dia turut merasai perbezaan pengalaman hamil anak kedua apabila anak sulungnya, Evie Khadeeja menjadi lebih manja.
“Dia jenia yang tidak boleh nak berenggang langsung. Jadi double penat dia.
“Sebelum ini bila penat boleh lah nak berehat dan tidur, sekarang kena tunggu anak yang pertama tidur dulu baru boleh tidur,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Intan kini muncul dengan filem arahan pertamanya iaitu Banglo Seksyen 12 yang bakal ditayangkan pada 25 Januari ini.
Filem tersebut diinspirasikan dari sebuah novel yang terkenal.
Terdahulu, Intan berkahwin dengan pelakon Harris Alif pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar