Hampir 10 Tahun Dalam Industri, Kugiran Masdo Kongsi Cabaran Sepanjang Bergelar Anak Seni - “Kena Tipu...Orang Tak Percaya Karya...”
Sudah hampir sedekad menempatkan diri dalam industri seni tanah air, Kugiran Masdo mendedahkan perlu melalui pelbagai pasang surut sepanjang bergelar anak seni.
Susah raih percaya orang
Mempertaruhkan karya muzik pop klasik era 1960-an, vokalis, Ali Sariah mengakui tidak mudah untuk meraih kepercayaan orang ramai sewaktu awal kemunculan mereka dalam industri.
Namun, berkat sokongan daripada sabahat terdekat, kumpulan tersebut masih mampu berdiri teguh sehingga sekarang.
BERITA TRENDING: Marissa Dania Tengah Berpantang, Umisya Ada Sebab Perlu Buat ‘Live TikTok’ Bersama Aslam - “Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan“Pada mulanya orang susah nak percaya kita, karya kita sebab bila kita buat band bukan karya sahaja kita kena fikir, pasal imej band juga penting.
“Tapi sokongan daripada kawan-kawan itu yang buat kita kuat.
“Kami ada turun naik juga perjalanannya, kalau nak bercakap mengenai kena tipu itu banyak, sampai sekarang kami kena tipu.
“Contohnya, kami pernah ke Indonesia, mengharapkan bulan dan bintang tapi apa yang kami dapat hanyalah pagar makan padi, banyak perkara yang kami alam tetapii kami memilih untuk tak beritahu orang ramai.
“Cuma kami belajar di mana kami perlu betulkan,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Konsert A Night To Remember Rock Nostalgia, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Masdo turut memaklumkan mereka kini sedang dalam proses menghasilkan album baharu yang bakal dilancarkan kelak.
“Dalam perjalanan ke 10 tahun ini kami rancang untuk hasilkan album yang ada 10 lagu.
“Untuk album ini kami gunakan metod baru iaitu kami brainstorm bersama untuk hasilkan lagu, jadi nantikan lah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, kemunculan pertama Kugiran Masdo dalam arus muzik perdana menerusi lagu Bunga pada 2016 berjaya diterima baik peminat.
Bermula dari situ, kumpulan dianggotai Ali Sariah (penyanyi), Putuceri (bass), Azham Ahmad (dram) dan Asmawi (gitar) ini tidak pernah gagal dalam mempertaruhkan lagu hits mereka seperti Dinda, Janji Manis dan Teruna Dan Dara berjaya menjadi fenomena dan tular di media sosial sehingga ke Indonesia.