Hiburan

"Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Tak Sangka Saya Tercalon" - Dalimawati

Asraf Aided
20/08/2019
03:22 MYT
Sponsor Banner
"Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Tak Sangka Saya Tercalon" - Dalimawati
Pelakon senior berbakat, Dalimawati Ismail akui terkejut apabila namanya berada di senarai top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Dalimawati yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah itu turut berasa terharu kerana dicalonkan buat pertama kali dalam anugerah hiburan berprestij itu.
"Sejujurnya, saya memang terkejut dan terharu apabila nama saya ada dalam senarai top 5 kategori tersebut, sudah hampir 30 tahun saya berada dalam industri hiburan, di usia sebegini, saya memang tak sangka tercalon dalam anugerah tersebut.
"Walaupun saya harus bersaing dengan Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose, tetapi saya tetap meletakkan harapan untuk menang.
"Saya yakin dengan sokongan padu dari peminat yang sentiasa menyokong saya selepas kemunculan dalam filem Hantu Kak Limah," ujarnya.
Dalimawati berkata demikian ketika ditemui di sidang media Top 5 ABPBH32 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Sementara itu, Dalimawati tidak menafikan popularitinya melonjak naik selepas memegang watak sebagai Kak Limah.
"Filem Hantu Kak Limah merupakan salah satu faktor yang menaikkan nama saya dalam industri hiburan, terima kasih diucapkan kepada pengarah Mamat Khalid yang memberi peluang kepada saya," tambahnya.
ABPBH32 bakal berlangsung pada 22 September ini dan bakal mempertandingkan 15 kategori utama berserta 5 kategori online.
Mira Filzah dan Siti Nordiana masing-masing mendominasi tujuh dan enam pencalonan dalam anugerah tersebut.
BACA : Ini Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH32)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar