Berita
Hampir Hilang 2.1 Juta Pengikut IG, Tiz Zaqyah Panik Tak Boleh Akses 3 Jam Selepas Tekan Pautan Penggodam
Pelakon Tiz Zaqyah berkongsi detik cemas apabila dia gagal mengakses masuk akaun Instagram miliknya pagi tadi selepas menekan satu pautan yang diterimanya di ruangan Direct Message (DM).
Menurut Tiz, dia bertindak menekan pautan tersebut selepas mendapati mesej berkenaan diterima daripada akaun pengendali Instagram berikutan terdapat logo berwarna biru sebagai pengesahan ia merupakan akaun tulen.
"Penggodam guna logo blue tick palsu! Saya bangun pagi ini dan menerima DM daripada Instagram dengan blue tick menyatakan yang akaun saya melanggar peraturan dan akan ditutup dalam masa 24 jam.
"Saya yang panik terus menekan pautan tersebut sebelum terus dibawa ke laman daftar masuk, menetapkan semula kata laluan, namun masih tidak boleh daftar masuk semula.
"Saya menunggu kod keselamatan berjam-jam lamanya, tiada respons. Saya menelefon semua orang, minta pertolongan," ceritanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Tiz, dia hanya berjaya mengakses masuk semula selepas tiga jam menunggu.
"Selepas mengemaskini, akhirnya saya terima kod keselamatan menerusi SMS. Alhamdululillah, macam dapat emas! Terus semak inbox DM semula, maka terbukti ia bukanlah akaun pengendali Instagram yang sah.
"Penggodam itu balas 'Are you there madam?' Are you fucking kidding me? Saya sekat akaun tersebut. Lepas ni ada blue tick ke apa, pastikan bangun tidur jangan mamai macam saya,"
Jelas Tiz, dia memang cukup bimbang sekiranya akaun Instagram yang mempunyai lebih 2.1 juta pengikut itu hilang berikutan ia merupakan sebahagian daripada punca pendapatannya.
"Itulah drama yang berlaku pagi tadi. Siapa tak panik, tempat Instagram ni jugalah tempat kita cari rezeki.
"Instagram atau Facebook merupakan platform utama untuk dapatkan exposure, bisnes online, dan sudah bersama Instagram sejak 2011, sudah pasti banyak perkara sentimental tersimpan," tulisnya.
Saksikan drama lakonan Tiz Zaqyah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!