Laman Utama
Hampir Setahun Bercerai, Bekas Isteri Tegar Septian Bernikah Kali Ketiga… “It’s A Beautiful Day”
Setelah hampir setahun bercerai, bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Berita tersebut dikongsikan oleh Sarah menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagram, difahamkan Sarah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu pada 21 Mei lalu.
"21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day," tulisnya.
Difahamkan juga, ini merupakan pernikahan Sarah yang ketiga.
Menerusi laporan portal Brillio, majlis pernikahan tersebut dikatakan berlangsung mewah di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, Sarah tampil cantik dan anggun seperti puteri raja, mengenakan gaun putih. Sementara Andy selesa menggayakan tuxedo.
Sebelum ini, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020. Namun, rumah tangga yang dibina tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang.
Hasil perkahwinan, Sarah dan Tegar dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.