Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hana Azraa Dakwa Masih Diganggu PU Abu Walau Dah Berpisah - "Tolong Move On! Jangan Sampai Saya ..."

Asyikin Mayudin 04/11/2022 | 07:55 MYT

Enggan berdiam diri lagi, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa tampil mendedahkan dia masih diganggu oleh pendakwah tersebut biarpun mereka sudah berpisah.

Malah, Hana yang juga seorang usahawan turut memberitahu PU Abu bukan sahaja menganggunya malah ahli keluarganya juga menjadi mangsa.

“Tolong la move on! Jangan ‘jual’ saya sebagai isteri lagi! Saya dah lama berdiam dan tak nak pun bercakap fasal dia lagi, tapi dia pula mencabar kesabaran saya.

“Saya tak kacau kehidupan dia bersama isterinya dan dekat laman sosial pun dah kongsi kebahagian kan, jadi… kenapa perlu ganggu saya lagi!

“Kesabaran saya pun ada limit juga! Jangan sampai saya dedah semuanya fasal mereka berdua,” kata Hana kepada Gempak.

Usahawan produk kecantikan itu kini sedang menunaikan umrah dan dalam pada masa yang sama Abu turut berada di sana atas faktor kerja.

Terdahulu, Hana berkongsi paparan skrin perbualan bersama adik beradiknya, Hana bersimpati dengan Ain ‘Afini Latif yang didakwa dipergunakan oleh Abu di media sosial.

Selain itu, di hantaran berbeza, Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir akui sudah tidak boleh mendiamkan diri kerana jelek dengan sikap Abu yang talam dua muka.

Hana menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membuka pekung PU Abu dan isterinya sekiranya masih diusik.

Untuk info, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Hana #PU Abu #Hana Azra #Hana diganggu #Hana PU Abu cerai #PU Abu Hana
;