Laman Utama
Hana Nadira Tak Takut Bersaing - "Kalau Saya Suka Saya Buat..."
Pelakon yang sedang membina nama, Hana Nadira akui tidak takut untuk bersaing dengan pendatang baru lain dalam industri hiburan.
Kata Hana, 36, dia tidak meletakkan populariti sebagai keutamaan sebaliknya, hanya berlakon jika naskah yang ditawarkan menarik perhatiannya.
"Saya tak takut tentang saingan dengan artis-artis baru lain, saya tak kisah sebab kalau saya sukakan sesuatu cerita itu maka saya terima tawaran, kalau tak suka saya tak akan buat.
"Sebelum ini saya aktif dalam pementasan teater, sekarang bila dapat peluang berlakon siri untuk TV, syukur Alhamdulillah, tapi kalau tak dapat pun tak mengapa.
"Saya bukan seorang yang utamakan populariti, ia bukan keutamaan saya," katanya kepada Gempak.
Mengulas tentang wataknya dalam Take CTRL, Hana mengatakan dia perlu menghayati karakter seorang ibu yang garang.
"Dalam Take CTRL ini watak saya agak mencabar kerana perlu jadi seorang emak yang garang sebab saya bukan lagi seorang emak.
"Kemudian kena jadi robot pula, memang mencabar tapi semuanya okay sahaja, tambahan lagi pihak produksi sangat baik, semuanya berjalan lancar," tambahnya.
Selain Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan Shaheizy Sam, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi!
Ia akan mula ditayangkan pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran TA-DAA!