Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Hangpa Ingat Penyanyi Asal Lagu Romancinta Dah Mati Ke Apa?” - Aweera Terkilan Tindakan Stesen TV

Azwa Rahman 13/09/2020 | 08:12 MYT
Bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera meluahkan rasa terkilannya apabila ada segelintir stesen TV memanggil penyanyi lain untuk membuat persembahan lagu nyanyian asalnya, Romancinta.
Menerusi laman sosial Instagram, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham menulis kekesalannya itu untuk tatapan umum.
“Banyak aku tengok sekarang konsert stesen TV yang panggil artis lain untuk cover atau nyanyi lagu ‘Romancinta’.

Tanya ja naa..

A post shared by aweera_official (@aweera_official) on

“Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ke apa? Tanya ja..” tulis Aweera.
Tambahnya lagi, luahan itu bukan bertujuan untuk meraih perhatian dan publisiti murahan tetapi hanyalah sekadar dia mengutarakan pendapat.
“Saya tak marah pun, cuma agak terkilan la sikit. Saya masih ada untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong dari awal hingga sekarang.
“Tapi kalau bila dah mati baru nak kenangkan, untuk apa kan?,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan luahan Aweera dan merasakan suaranya paling sedap ketika membawakan lagu Romancinta.
Terdahulu Aweera telah disingkirkan daripada Mojo oleh ketua kumpulan Edry Abdul Halim sebelum pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada 18 Januari 2014.
Pada tahun 2017, Aweera dan Mojo telah berdamai dan dia kembali beraksi dengan kumpulan tersebut.
Selepas Mojo, Aweera tampil bersama kumpulan Prime Domestic dan kini muncul bersama band terbarunya Pelita Lusoh.
#Aweera #Kumpulan Mojo #Romancinta
;