Advertorial
Hantu Kasut! Ini Artis Lelaki Yang Gilakan Sneakers
Setiap orang pasti mempunyai obsesi terhadap sesuatu sama ada permainan video, kosmetik, pakaian, dan pelbagai lagi.
Perkara itu ternyata memberikan kepuasan dan kegembiraan kepada mereka yang gemar mengumpul barangan.
Di sini kami senaraikan artis yang meminati dan mengumpul Sneakers.
Saharul Ridzwan
Pelakon Saharul Ridzwan merupakan antara selebriti yang gemar menyimpan koleksi berjenama tertentu kerana mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Antaranya kasut yang dipakai ketika majlis perkahwinannya dan kotak jenama Supreme hadiah daripada isterinya, Qaabela Deena Emir.
Bukan mudah bagi pengumpul koleksi barangan berjenama untuk melepaskan barangan kesayangan bagaimanapun Saharul memilih untuk menjual barangan tersebut kerana mahu memulakan hidup baru isterinya.
Atu Zero
Hantaran unik lapan dulang kasut sukan menjadi pengikat kasih antara pelawak Atu Zero dan isterinya, Shafeeqa Johari.
Sehingga kini, Atu masih lagi mempunyai minat yang sama dan koleks kasut yang dipakai sewaktu melakukan persembahan di pentas lawak juga kerap mendapat perhatian peminatnya.
Asfan Shah
Penyanyi Asfan Shah atau nama sebenar Norasfan Shah Shah Rudin pernah berhabis ribuan ringgit membeli dan mengumpul kasut untuk kedua-dua anaknya, Ali Haytham Shah dan Ali Wakeel Shah.
Menurut Asfan itu adalah sebahagian daripada hobi dan satu kepuasan dapat melihat dua putera kesayangannya memakai kasut yang cantik dan berkualiti.
Oleh kerana minatnya, Asfan pernah meluahkan hasrat mahu membuat bingkai yang boleh mempamerkan kasut-kasut tersebut dan digantung di dinding rumah.
Kalau anda suka sneaker, kami ada berita baik punya!
Taylor’s University bakal merayakan Hari Terbuka dengan perkongsian eksklusif bersama konvensyen sneaker yang paling dinantikan di Malaysia, SneakerLAH.
Selain daripada mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai kursus yang sesuai dengan minat anda, anda juga boleh check out pelbagai sneaker yang cool di konvensyen edisi keenam ini.
Ia merupakan konvensyen sneaker pertama yang diadakan di kampus dan akan berlangsung selama dua hari. Anda bakal rambang mata dengan 35 jenis jenama sneaker lokal dan antarabangsa!
Jadi untuk korang yang nak melihat kasut-kasut daripada macam-macam jenama, kasut baru, rare atau terpakai, pastikan jadual korang kosong untuk hari tersebut tau. Rugi kalau tak datang.
Tidak hanya kasut, pameran itu juga bakal dihangatkan dengan persembahan daripada Talitha Tan, Airliftz, Midnight Fusic dan BATE.
Ehem! Cabutan bertuah pun ada tau! Terpaling istimewa kerana pemenang bertuah akan mendapat sepasang sneakers. Tak sabarnya!
Selain itu, antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti pertandingan tali kasut, demo rekaan secara live, jualan lelongan dan juga pertukaran sneakers.
Menariknya lagi pelajar di Taylor's University yang menyertai pertandingan rekaan kasut berpeluang untuk terpilih menghadiri bengkel dan demo kasut bersama Edmund Looi.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri acara hebat dan havoc, Taylor’s x SneakerLAH ini tau!
Untuk maklumat lanjut layari http://university2.taylors.edu.my/future-movement/
Selain SneakerLAH, Taylor’s University juga akan mengadakan hari terbuka pada 7- 8, 14- 15, dan 21- 22 Mac depan.