Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh

Khairil Khusyairi 17/10/2024 | 04:13 MYT
Aktor kontroversi Aliff Aziz dan pelakon sensasi Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.
Kedua-dua selebriti itu enggan memberikan sebarang komen kepada pihak media berhubung penangguhan sebutan kes itu.
Malah, Aliff dan Ruhainies turut menghiraukan pihak media ketika diajukan beberapa soalan.
Pada prosiding yang berlaku pada Khamis, mahkamah menetapkan perbicaraan
melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.
Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.
Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.
Awal Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Terdahulu pada 20 Jun, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
#Ruhainies #Aliff #Khalwat #Aziz #Komen #Lanjut #Kes #Diam #Bisu
;