Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hanya Koyak & Makan! Sardin Pouch Viral Jadi Pilihan Golongan Selebriti Sepanjang Ramadan

Amri Hassan 17/04/2022 | 01:59 MYT

Hanya 'koyak dan makan', sardin pouch viral pertama Malaysia menjadi pilihan ramai terutamanya golongan selebriti sejak awal Ramadan lalu.

Trend pembelian pek sardin dalam bentuk pek kantung (pouch) antara lainnya kerana jangka hayat yang mampu bertahan sehingga tempoh dua tahun serta pembungkusannya yang mudah.
Menurut Eksekutif Jualannya, Lokman Hakim Mohamad Rosli menjadi perintis makanan seperti sardin dan makanan berkuah yang menggunakan pek kantung memberi alternatif dan suasana berbeza selain mesra pengguna.
"Pek kantung ini yang menggunakan teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.
"Teknologi retort mungkin baharu di negara, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat dalam medan pertempuran sejak 1950-an.
"Berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin, pek kantung pula melawan arus dan sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjimatkan masa, berkerjaya atau golongan pelajar. Tentunya ia dijamin halal.
"Populariti sardin pouch dimangkin dengan pembabitan selebriti antaranya Sheila Rusly, Izreen Azminda, Sharifah Shahira dan juga isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub yang berkongsi cara memasak sambil bercerita untuk menyediakan resipi istimewa mereka," katanya.
Untuk rekod, syarikat berkenaan ditubuhkan sejak tahun 2004 namun mengeluarkan jenama sendiri termasuk Sardin Viral, pada tahun 2014.
Pek kantung mini
Selain sardin viral dan kari ayam yang menjadi produk laku keras, dua lagi rangkaian makanan iaitu Baked Beans dan Tomato Puree turut dihasilkan. Istimewanya sardin viral turut diterbitkan dalam pek kantung mini.
Produk ini mengambil masa hampir setahun pada 2013 untuk melalui proses penyelidikan dan pembangunan (RnD).
"Kita menjaga kebersihan termasuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap ikan dan sumber makanan lain digunakan. Bererti proses kawalan kualiti (quality control) itu amat dititik beratkan dalam setiap proses atau mesin yang digunakan. Di Nilai 3 itu juga kami miliki kilang pemprosesan dengan melebihi 100 orang pekerja.
"Teknologi retort sendiri menggunakan kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel.
"Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan makanan dihasilkan. Malah semua makanan dihasilkan perlu juga melalui mesin pengesan logam magnetik untuk mengimbas makanan supaya tidak mengandungi bahan bendasing seperti serbuk besi," katanya.
Kata Lokman Hakim lagi, setakat ini saja 8,000 karton sardin dan 2,000 karton kari ayam dihasilkan bagi memenuhi permintaan semasa.
"Kita sasarkan jumlah karton itu boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sardin viral sendiri boleh dihasilkan lebih 100,500 karton hingga hujung tahun ini. Manakala kari ayam boleh mencecah 7,000 karton.
"Justeru, kami sasarkan hasil jualan rangkaian produk yang ada pada tahun ini mencecah RM12.6 juta.
"Kita mempunyai lebih 12 orang yang mengawal pusat pengedaran di sebelah Utara seperti Taiping dan Juru selain Kuala Terengganu. Manakala ejen pula seramai 53 orang di serata negeri.
"Selain itu kita juga menjual produk di 133 pasar raya besar dan 527 pasar raya di seluruh negara. Kita juga mempunyai 42 billboard sebagai promosi di laluan lebuh raya terpilih.
"Produk ini 100 peratus milik bumiputera. Boleh dibeli di pasaraya terkemuka terpilih atau layari facebook @sardinviral dan laman sesawang sardinviral.com.my," katanya.

#Viral #Izreen Azminda #Gaya Hidup #Ramadan #Nabil Zira #Sheila Rusly #Pouch #Sardin Viral
;