Laman Utama

“Hanya Sahur Buah Kurma Untuk Tahan 17 Jam Berpuasa” - Luqman Hakim Teruja Sambut Ramadan Di Belgium

Azwa Rahman
16/04/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Hanya Sahur Buah Kurma Untuk Tahan 17 Jam Berpuasa” - Luqman Hakim Teruja Sambut Ramadan Di Belgium
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mengakui berasa cukup teruja untuk menjalani ibadah puasa buat kali pertama di perantauan.
Memetik laporan Astro Arena, Pemain kelab Belgium KV Kortrijk itu hanya bersahur buah kurma bagi menghadapi tempoh berpuasa selama 17 jam selain turut memasak juadah berbuka kegemarannya pada Ramadan pertama.
"Sekarang sudah masuk hari kedua. Semalam seperti biasa sahaja kerana tiada sesi latihan tetapi hari ini lebih mencabar kerana ada latihan selama dua jam.
"Letih memang letih tetapi hendak buat macam mana, saya kena paksa diri juga.
"Kalau di Malaysia, latihan dalam bulan puasa cuma pada waktu malam tetapi di sini (Belgium), kami ada latihan di sebelah pagi.
"Saya bersahur pada jam 4.00 dan pada 4.30 sudah tamat waktu bersahur. Saya hanya bersahur kurma, roti, yogurt dan air.
"Saya makan kurma untuk tenaga dan bagi saya, ia tiada masalah kerana latihan saya hanya dua jam dan boleh berehat pada sebelah petang,” ujar Luqman.
Tambahnya lagi, pada hari pertama berpuasa, dia masak sendiri juadah berbuka bagi mengubati kerinduan terhadap tanah air.
"Menu semasa hari pertama berpuasa, saya terasa mahu makan nasi goreng tomyam, jadi saya ke kedai Asia di sini untuk membeli apa yang patut dan masak nasi goreng tomyam bersama udang.
"Saya hendak rasa makanan Malaysia pada hari pertama untuk mendapatkan semangat," katanya.
Pada Ogos tahun lalu, Luqman secara rasmi telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab KV Kortrijk yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar