Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Haram Jika Dia…”- Rider Hantar Arak & Daging B*bi Ustazah Asma Harun Jelaskan Hukumnya

Syafiqah Jalal 28/07/2022 | 08:49 MYT

Penghantar makanan atau rider adalah pekerjaan yang menjadi pilihan ramai terutama anak muda sama ada memilih untuk melalukannya sepenuh masa atau sambilan.

Namun, timbul pula persolaan daripada seorang rider apakah hukumnya jika mereka terpaksa menghantar makan tidak halal seperti arak dan daging khinzir.
Pertanyaan itu diajukan kepada pendawah bebas terkenal Ustazah Asma Harun untuk memberi penjelasan terhadap hukumnya sebagai rider muslim.

"Assalamualaikum. Ustazah, saya bekerja sebagai penghantar makanan (rider). Adakalanya, saya dapat pesanan makanan tidak halal seperti arak dan daging khinzir. Boleh ustazah jelaskan hukumnya?" tanyanya.

Ustazah Asma menjelaskan dalam satu kemas kini di akaun Facebook miliknya dengan menyertakan hadis dan hukum berdasarkan ayat al-quran.
Lalu, Ustazah Asma telah merumuskan hukumnya kepada Harus dan Haram dengan beberapa penjelasannya.
1. Harus bekerja sebagai penghantar makanan (rider) sekiranya barang dan sifat pekerjaannya umum dan tidak bertujuan jahat.
2. Haram jika dia mengetahui bahawa pekerjaannya jelas membawa kepada maksiat dan kemungkaran seperti arak, khinzir dan sebagainya walaupun ditujukan kepada orang bukan Muslim.

3. Haram baginya untuk menghantar sesuatu pesanan sekiranya dia mendapat sangkaan yang kuat (yakin) akan tujuan penggunaan pesanan tersebut membawa kepada perkara haram.

4. Dimaafkan jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi') yang haram sedangkan asal pekerjaannya adalah harus seperti menghantar pesanan makanan yang halal namun terdapat ramuan atau bahan haram yang digunakan dalam makanan tersebut.
5. Jika pesanan bercampur halal dan haram, perlu melihat kepada 3 perkara iaitu:
i. Jelas mengetahui makanan/minuman yang halal melebihi yang haram maka ia dianggap halal.
ii. Jelas mengetahui makanan/minuman yang haram melebihi yang halal maka ia perlu dielakkan menurut Imam Ahmad.
iii. Tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram maka hukumnya adalah makruh menurut Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.

#Hukum #Penghantar Makanan #Rider #Khinzir #Ustazah Asma Harun #Arak #Asma Harun
;