“Harap Kakak Ini Sudah Dibantu”- Siti Nurhaliza Minta Kerajaan Segera Bantu Mangsa Banjir Di Terengganu
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui bimbang dengan situasi banjir di Terengganu yang dilihat semakin teruk.
Siti Nurhaliza memohon agar pihak kerajaan segera menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas di sana.
“Ya Allah… Banjir di Terengganu semakin teruk…
“Minta pihak kerajaan beri bantuan segera kerana ramai yang terperangkap dalam banjir,” katanya.
Siti meluahkan perkara itu di akaun Instagram miliknya menerusi Insta Story.
Selain itu, Siti turut memuat naik video pendek dari seorang wanita yang dipercayai terperangkap di atas sebuah lori.
Wanita itu merayu agar ada pihak menghantar bantuan segera, di Kampung Menerong, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Dari video berkenaan, Siti berharap agar wanita itu diberi bantuan.
“Harap kakak ini sudah dibantu. Yang mana belum dan berada di kawasan bahaya.
“Sama-sama kita doakan semoga bantuan datang dengan segera,” katanya.
Sejak minggu lalu, keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan masih membimbangkan, dengan paras air di beberapa kawasan mencatat peningkatan.