Hiburan

"Harap Saya Tak Keluarkan Perkataan Yang..." - Layak Ke Final All Stars Buka Panggung, Noorkhiriah Cuma Mahu...

Hanafis Haris
15/10/2019
11:24 MYT
Sponsor Banner
"Harap Saya Tak Keluarkan Perkataan Yang..." - Layak Ke Final All Stars Buka Panggung, Noorkhiriah Cuma Mahu...
Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, pelakon Noorkhiriah akui tidak melakukan sebarang persediaan untuk All Stars Buka Panggung (ASBP) yang berlangsung Jumaat ini.
Menurut Noorkhiriah, disebabkan corak dan konsep ASBP juga spontan, maka tidak banyak persediaan yang boleh dilakukan.
"Namun, satu je saya harap dan mintak sangat supaya saya sihat tubuh badan.
"Harap fizikal dan mental saya sihat sebab kadang-kadang saya ni senang sakit kepala dan migraine," katanya.
Ditanya sama ada dia akan melakukan persembahan secara 'all out' untuk peringkat akhir ini, Noorkhiriah enggan meletakkan janji.
"Jujurnya saya dah 'all out' pun minggu pertama sebab saya tak jangka boleh ke separuh akhir apatah lagi di peringkat akhir.
"Saya ni jenis tak suka plan. Doakan saya tak keluarkan perkataan bukan-bukan lah Jumaat ini," katanya.
Selain Noorkhiriah, Datuk Aaron Aziz, Zulhuzaimy dan Rita Rudaini antara peserta yang layak ke peringkat akhir ASBP.
Pusingan akhir akan berlangsung pada Jumaat ini.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar