Gaya Hidup
Harga Bawah RM5, Chiken Chop Eye's Steak Termurah Di Kuala Lumpur
Satu set hidangan Chicken Chop berharga bawah RM5? Sukar untuk dipercayai tetapi itulah kenyataannya!
Dengan harga serendah RM4.90, satu set hidangan lengkap Chicken Chop boleh dinikmati di restoran Eye’s Steak.
Berpatutan dengan tagline ‘Rasa Restoran Harga Kedai’, Eye’s Steak yang terletak di Bazaria Pantai, Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata-mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.
Mula beroperasi pada Mac tahun lalu, pemiliknya Noor Anisah Tajudin yang ditemui berkata, harga rendah yang ditawarkan bertujuan untuk memberi tarikan kepada orang ramai ke tempatnya.
“Tak dinafikan pada mulanya harga yang kami tawarkan tidak serendah ini. Tapi untuk mahu menjadi tarikan orang ramai serta mahu mengambil kira orang yang kurang kemampuan untuk makan makanan ala barat ini, kami pun turunkan harga Chicken Chop ini kepada RM4.90.
“Alhamdulilah selepas kami turunkan harga tersebut kira-kira Oktober tahun lalu, sambutan sangat menggalakkan. Dalam sehari kami menerima lebih 300 pengunjung ke kedai kami sejak harga baru ditawarkan.
“Kami akui memang keuntungan untuk 1 hidangan itu tidak banyak tetapi kami mengambil kira volume pelanggan. Lebih ramai pengunjung lebih banyak la keuntungan kami,” katanya.
Meskipun menawarkan harga yang rendah pada setiap menu termasuk ‘steak’, namun sebagai pengusaha kedai makan itu dia tetap menjaga kualiti setiap hidangan.
“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, apa yang kami akan pastikan, daging atau steak kami tidak direbus semata-mata untuk menjimatkan masa.
“Sebaliknya, daging kami di grill supaya ia tidak kehilangan jusnya dan itulah yang terbaik sebenarnya. Pada kami, rasa itu bukan terletak pada kuah semata-mata, tetapi juga pada daging itu sendiri.
“Besar harapan kami agar anda dapat menghargai rasa steak sebenar selepas ini,” jelasnya lagi.
Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Anisah memberitahu dia bakal membesarkan perniagaanya dengan membuka sebuah restoran di sekitar Cheras tidak lama lagi.
Eye’s Steak dibuka setiap hari kecuali Rabu dan mula beroperasi pada jam 6 petang sehingga 12 malam.
Muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan pelbagai resepi dan fungsi baru. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.
Artikel oleh: Syafiqah Jalal