Laman Utama

Harga Tiket Konsert Adele Di Las Vegas Lagi Mahal Daripada Harga Yamaha Y15ZR?

Izwan Isa
04/12/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Harga Tiket Konsert Adele Di Las Vegas Lagi Mahal Daripada Harga Yamaha Y15ZR?
Tidak sampai sebulan album terbaharu Adele, 30, dipasarkan, penyanyi asal London itu mengumumkan konsert residensi yang dijadualkan berlangsung selama 12 minggu di Caesars Palace Hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsian di Instagram berkata: “See you at Caesars in Vegas!”. Mengikut jadual, konsert residensi berjudul Weekends With Adele berkenaan akan bermula pada 21 Januari hingga 16 April 2022. Bagaimanapun, peminat Adele melahirkan rasa kecewa apabila melihat harga tiket yang diumumkan oleh pihak penganjur baru-baru ini. Harga tiket paling murah yang dijual bagi residensi tersebut bermula AS$2,000 (RM8,460).
Seorang peminat menerusi kemas kini di Twitter berkata: “Saya, yang tidak mampu untuk membeli tiket memang tiada peluang untuk pergi ke konsert kerana saya berada di bahagian lain planet Bumi.”
Manakala seorang lagi peminat meluahkan perasaan dan mendakwa harinya telah dirosakkan selepas menyaksikan harga tiket residensi Adele. “Hari saya telah rosak… Adele umumkan tarikh residensi di Vegas dan saya tidak mampu untuk pergi. Apa yang saya mahukan untuk Krismas adalah Adele datang lebih dekat, dan bukannya dengan harga AS$2,000,” katanya.
Dalam pada itu, peminat yang ketiga berkata: “Saya sangat sedih tentang hal ini. Saya dan keluarga saya sangat sukakan kamu dan saya tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyaksikan kamu di Vegas.
“Saya rasa agak gila untuk kamu meletakkan harga semahal itu untuk tiket konsert dan agak sedih bila impian saya untuk menyaksikan kamu tidak tercapai,” katanya.
Untuk perbandingan, satu tiket konsert residensi Adele dilihat lebih mahal berbanding harga sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, yang dijual pada harga sekitar RM8,168 seunit tanpa insurans.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar