Gaya Hidup

Hargai Buku Pink Demi Nyawa Ibu & Anak! - "Tak Kisah Benci Macam Mana Pun Pada Klinik Kesihatan ..."

Amri Hassan
16/12/2024
13:46 MYT
Sponsor Banner
Hargai Buku Pink Demi Nyawa Ibu & Anak! - "Tak Kisah Benci Macam Mana Pun Pada Klinik Kesihatan ..."
Buku rekod kesihatan ibu atau 'buku pink' amat penting bagi mengetahui penyakit dan risiko, sekali gus membantu petugas kesihatan merancang kaedah terbaik untuk menyelamatkan ibu dan anak.

BERITA TRENDING: Isu Bayi Dibekukan: Tiada ‘Buku Pink’ Bukan Bermaksud Belum Bernikah - “Kesusahan Saya Tiada Siapa Yang Tahu”

Presiden yang juga Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, walaupun kebanyakan ibu tahu tahap kesihatan sebagaimana yang dimaklumkan, namun maklumat itu berguna dan penting apabila mendapat rawatan susulan dengan doktor lain.
“Dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung, kita tak tahu apa akan jadi sehingga anak dilahirkan. Sudah simpan duit dan peruntukan belanja isteri bersalin di hospital swasta yang paling selesa.
“Tapi (mungkin) masa tu pula kita dekat kampung hanya ada klinik desa. Tengah kelam kabut nak bersalin, kadang-kadang ada maklumat penting yang lupa dimaklumkan.
“Kepada bakal bapa, bawalah isteri pergi buat buku rekod kesihatan ibu atau buku pink. Tak kisah kalau benci macam mana pun pada klinik kesihatan atau nak bersalin dekat hospital swasta,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

BERITA TRENDING: Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!

Tambah Dr Ahmad Firdaus, dengan buku pink itu, ia akan memudahkan petugas kesihatan sama ada doktor atau jururawat masyarakat untuk menyemak keperluan ibu.
“Mereka akan lihat sama ada ibu ada penyakit yang perlu diberi perhatian seperti kencing manis, darah tinggi dan pre-eclampsia.
“Scan terakhir ada nampak apa apa 'abnormalities' dengan janin tak? Ada risiko tinggi untuk tumpah darah (postpartum hemmorrhage)? Semua maklumat ini akan membantu petugas kesihatan rancang kaedah terbaik untuk selamatkan ibu dan anak.
“Mudah untuk doktor tahu apa nak buat dan nak rujuk ke mana. Hargai buku pink ini. Jaga betul-betul, simpan dalam beg kecemasan bila pergi mana-mana dengan bakal ibu,” katanya.

BERITA TRENDING: Bedah, Beku & Awet Perbuatan Sakiti Jenazah, Hukum Haram Kecuali Terdesak

BERITA TRENDING: Isu Bayi Dibekukan: Suami Dedah Isteri Alami Kemurungan & Sukar Tidur - “Pihak Hospital Kutuk Dia Sebab Lahirkan Anak Tak Sempurna”

BERITA TRENDING: Peguam ‘Pencil Box’ Tawarkan Diri, Mahu Bantu Ibu Bapa Kes Bayi Dibekukan - “Mari Aku Saman Pihak Hospital”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024