Laman Utama
“Hari Ini Freehair, Esok Dah Pakai Hijab”- Lufya Akui Hijrah Mudah Tapi…
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar akui hendak berhijrah itu perkara yang mudah tetapi untuk istiqamah agak sukar.
Kata Lufya yang mula berhijab pada tahun 2015, konsisten itu bukan mudah.
“Nak hijrah mudah..Hari ini freehair esok dah boleh pakai hijab.
“Yang susah tu Istiqamah.Istiqamah ni maknanya tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten,” katanya.
Lufya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Jelas Lufya, Iman seorang muslim itu mudah untuk naik dan turun jika ia tidak dijaga.
“Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga, tapi lemah bab mengawal emosi, tidak berpakaian syari’e,dan sebagainya.
“Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga.
“Masalahnya kita tak tahu dengan amalan apakah yang terakhir kita lakukan yang Allah terima untuk masuk syurga,” tegasnya.
Justeru Lufya menasihatkan agar tidak mudah putus asa dengan ujian dan cabaran hidup di dunia supaya teguh dengan agamanya.
“Konklusinya jangan pernah putus asa dalam menjalani ujian serta cabaran hidup di dunia yang sementara ini kerana Allah tidak pernah ‘putus asa’ terhadap hambaNya.
“Selagi hambaNya sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dariNya,” ujarnya.