Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Hari Tu Scan Tak Nampak Lagi" - Niena Baharun Tak Kisah Jantina Anak Kedua Asalkan ....

ZULHILMI JALIL 04/06/2020 | 06:05 MYT

Pelakon Datin Niena Baharun memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang impian sama ada untuk memiliki bayi lelaki atau perempuan sebagai anak keduanya.

Bahkan, menurut Niena, sehingga kini dia juga masih tidak mengetahui status jantina bayi yang dikandungnya itu yang kini sudah mencecah masuk usia lima bulan.
"Alahai, hari tu sewaktu scan masih tak nampak lagi (jantina). Lelaki atau perempuan saya tak kisah pun. Asalkan bayi yang lahir tu nanti sihat, sempurna. Insya-Allah," katanya ketika dihubungi Gempak.
Jelas Niena lagi, dia bersyukur apabila kandungannya kekal berada dalam keadaan baik biarpun dia mengalami penurunan berat badan mendadak sebelum ini akibat alahan teruk.
"Hilang dalam 5 kilogram sewaktu awal-awal haritu, Memang tak ada selera nak makan. Nasib baik baby okay sahaja. Tapi sekarang dah perlahan-lahan naik (berat)," katanya.
Terdahulu, Niena meluahkan rasa syukur apabila alahan teruk terhadap bau makanan yang dialami di awal kandungan sudah beransur hilang.
Bagaimanapun, dia kini berdepan dengan alahan udara sejuk.
BACA: "90 Peratus Morning Sickness Dah Tak Ada" - Niena Baharun Turun Berat Badan Mendadak, Kena Alahan Udara Sejuk
Sebelum ini, Niena berkongsi berita gembira kepada umum memaklumkan dirinya bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua selepas anak sulungnya kini berusia dua tahun.
BACA: "Insya-Allah Dah Jadi Abang Adiel" - Niena Baharun Hamil 3 Bulan Anak Kedua
Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael.
Saksikan drama lakonan Niena Baharun di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Baby #Niena Baharun #Jantina
;