Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Hari-Hari Dengar Orang Bertukang, Tak Pulak Aku..."- Gara-Gara Anak 'Riuh' Mandi Kolam, Jiran Datang Rumah 'Sound' Feeya Iskandar

ZULHILMI JALIL 30/03/2020 | 06:17 MYT

Pelakon dan penyampai radio, Feeya Iskandar meluahkan rasa terkilan apabila gelagat anak-anaknya yang mandi di kolam renang di belakang rumah menimbulkan rasa kurang senang terhadap jirannya.

Kata Feeya, jirannya itu kemudian bertindak datang ke rumahnya untuk menegur kerana mendakwa suara anak-anaknya terlalu bising.
"Gembira mandi kolam belakang rumah, sampai jiran belakang rumah ni datang tau. Cakap 'slow sikit, bising sangat'.
"Suami Cik Piah lah yang buka pintu tadi masa dia datang rumah. Cik Piah tengah sibuk goreng pisang. Tak nampak pula rupanya macam mana. Cuma nak cakap, hidup berjiran, kena saling tolak ansur," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

gembira mandi kolam belakang umah.sampai jirang belakang umah ni dtg tau.ckp slow sikit.bising sgt.husband cikpiah lah yg bukak pintu tadi masa dia dtg umah.cikpiah tgh busy goreng pisang.x nampak pulak rupa nya mcm mana.cuma nak ckp hidup berjiran.kena saling tolak ansur.walaupun beberapa minggu kau memekak buat rumah.hari2 dgr org bertukang.tak pulak aku dtg umah kau sound kau..sbb kita sejenis paham tapi org yg mcm ni kalau kau rasa x leh nk tolak ansur.kau buat rumah kau dkt dlm hutan. in sha allah takde bunyi bising..

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Dalam posting tersebut, Feeya yang mesra dengan panggilan Cik Piah itu turut berkongsi video gelagat anak-anaknya mandi pada siang hari menggunakan kolam mudah alih yang diletakkan di bahagian belakang rumah.
Lebih terkilan apabila selama ini dia cukup bertolak ansur dengan jiran sekeliling.
"Walaupun beberapa minggu kau memekak buat rumah, hari-hari dengar orang bertukang, tak pula aku datang rumah kau sound kau.
"Sebab kita sejenis faham tapi orang yang macam ni kalau rasa tak boleh nak tolak ansur, kau buat rumah kau dekat dalam hutan, Insya-Allah tak ada bunyi bising," luahnya.
Perkongsian Feeya itu kemudian menerima pelbagai respons. Rata-rata meminta dirinya bersabar dengan ragam manusia.
"Jiran Cik Piah tak ada anak ke sampai anak main-main pun dia suruh jangan bising . Sedih dapat jiran macam tu.
"Betul setuju. Dua orang je kot. Bising manalah boleh buatkan.
"Diorang tak faham tu Cik Piah. Budak-budak bosan kot jadi itu sahajalah aktiviti yang boleh buat diorang gembira. Sabarlah Cik Piah," tulis sebahagian komen netizen.
Feeya yang berkahwin dengan Nurashid Wahab dikurniakan dua cahaya mata, Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.
Dalam pada itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerak ini pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Penyampai radio #Feeya Iskandar #Perintah Kawalan Pergerakan
;